Thursday, November 14, 2013

Contoh Abstrak / Sinopsis

CONTOH ABSTRAK / SINOPSIS
Menentukan Kekuatan Regangan Buluh Aur Kering

Ahmad Bin Ali, Bahari Bin Khamis & Nur Aini Binti Nordin
Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Kelawang, Jelebu
Negeri Sembilan, D. K.

         (1)  Buluh adalah sumber asli yang banyak digunakan dalam pembinaan dan pembuatan barangantradisi. Pada hari ini kegunaannya sebagai alat pembinaan sudah  berkurangan. Sebagai sumber asli, buluh perlu dikaji ciri-cirinya supaya dapat dipelbagaikan kegunaanya.  (2)  Dalam projek ini kekuatan regangan yang juga dikenali sebagai modulus Young buluh aur boleh ditentukan. (3)Buluh aur dikerat, dibelah-belah  dan dibentuk sebagai sampel ujian dengan bahagian yang akan diuji berbentuk silinder berdiameter lebih kurang 5 mm dan panjangnya 30 mm. Sampel-sampel itu ikeringkan di bawah sinaran matahari selama  satu minggu. Kemudian kekuatan regangan sampel-sampel itu diukur menggunakan alat ‘Universal Tester’ yang terdapat di Makmal Bahan, Fakulti Kejuruteraan Mekanik, Universiti Teknologi Malaysia.  (4)  Purata modulus Young yang diperolehi bagi 250 sampel yang dikaji ialah (15 ± 2) × 1010 Pa.  (5)  Ini bermakna buluh aur mempunyai modulus Young lebih tinggi dari kuprum tetapi rendah dari keluli.

PENERANGAN NOMBOR-NOMBOR DALAM ABSTRAK
(1)  Tiga ayat pertama menjelaskan mengapa projek itu dikira penting.
(2)  Ayat tersebut menyatakan objektif projek.
(3) Ayat-ayat seterusnya menjelaskan kaedah yang digunakan.
(4) Ayat tersebut memberikan hasil kajian.
(5) Ayat tersebut memberi rumusan projek, memberi bandingan yang mungkin boleh digunakan bagi memajukan lagi projek ini.
 

No comments:

Post a Comment