Thursday, November 14, 2013

Panduan Ringkas Penulisan Ilmiah Bagi Semua Kategori

PANDUAN PENULISAN ILMIAH BAGI SEMUA KATEGORI KAJIAN SAINTIFIK (BIOLOGI,KIMIA,FIZIK), KEJURUTERAAN, DESKRIPTIF, REKACIPTA/INOVASI DAN SAINS KOMPUTER

Panduan Ringkas
Kertas
Hanya dibenarkan kertas warna putih berukuran A4 (210 mm x 297mm)

Huruf
Arial bersaiz  11
Maklumat kulit ditaip dengan HURUF BESAR berukuran 18 hingga 24 poin

Ukuran Tepi
50 mm dari birai atas
25 mm dari birai kanan dan birai bawah
38 mm dari birai kiri. Lihat lampiran 2
Maklumat kulit ditaip 60 mm dari birai atas dan 40 mm birai bawah.
Lihat lampiran 4

Penaipan Tajuk
Ditaip HURUF BESAR TEBAL
Dengan ukuran 50 mm dari jidar atas
Di tengah-tengah antara jidar kiri dan kanan (center ). Lihat lampiran 1.
Tajuk di halaman kulit ditaip berbentuk pyramid terbaik dengan satu langkauan.

Selang baris
Selang baris teks adalah 1.5 langkau / spacing
Satu langkau /single spacing hanya untuk:
a.      Pengakuan
b.      Penghargaan
c.       Abstrak (Sinopsis)
d.      Senarai Kandungan (Daftar Isi)
e.      Senarai jadual dan illustrasi
f.        Catatan bawah (nota kaki)
g.      Rujukan untuk memulakan perenggan baru, jarak antara perenggandi selang langkau
           
Perenggan
a.      Memulakan perenggan dengan esotan 1 tab dari jidar kiri
b.      Perenggan akhir yang kurang dari dua baris hendaklah di satukan ke halaman baru
c.       Perkataan terakhir pada sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang
d.      Sesuatu halaman baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu baris teks.

           


                                                                                                                      
Menomborkan Halaman
a.      Jenis dan ukuran huruf sama seperti teks.
b.      Digit terakhir nombor halaman letaknya 15mm dari birai atas dan 25mm dari birai kanan tanpa hiasan. Lihat Lampiran 2.
c.       Halaman permulaan dinomborkan dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb)
d.      Halaman teks di nomborkan dengan angka 1, 2, 3 .....
e.      Penomboran bab hendaklah dieja dengan huruf besar (misalnya BAB I, BAB II dsb)
f.        Semua nombor halaman di taip kecuali nombor 1 dan 1 serta halaman pertama setiap permulaan bab.

Catatan bawah / Nota kaki
a)      Menggunakan angka superskrip pada teks di tempat yang berkenaan.
b)      Menggunakan angka yang sama di bawah halaman (catatan bawah)
c)      Garis pemisah antara teks dengan catatan bawah tidak kurang dari 40mm
d)      Jarak 1.5 langkau antara garis pemisah dengan teks dan satu langkau antara catatan bawah dengan garis
e)      Angka berterusan bagi halaman seterusnya (tidak berulang angka yang sama)
f)       Pembutiran; lihat lampiran 3.
           
Pengakuan
Mengandungi:
1.      Akuan seperti berikut: “Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”.
2.      Tarikh
3.      Tandatangan penulis, nama dan no maktab
4.      Tandatangan penasihat beserta nama

Abstrak (Sinopsis)
Merangkumi maklumat berikut:
1.      Objektif dan matlamat kajian
2.      Perkaedahan kajian seperti kaedah, teknik dan kegunaannya.
3.      Penemuan baru seperti teori baru, istilah tafsiran atau penilaian yang di nyatakan dengan tepat

Senarai Kandungan (Daftar isi )
Mengandungi:
1.      Pengakuan
2.      Penghargaan
3.      Sinopsis (abstrak)
4.      Kandungan (daftar isi)
5.      Pendahuluan
6.      Bab I, Bab II dan seterusnya di lengkapi tajuk beserta sub tajuk
7.      Rujukan
8.      Lampiran

No comments:

Post a Comment